Kerajaan MADANI buktikan komitmen baik pulih sekolah daif
- Suara Keadilan
- Mar 27
- 1 min read

Sebanyak 739 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya setakat Mac tahun ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia merangkumi 258 projek di Sarawak, 229 projek di Sabah dan 252 projek di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
"Kementerian Pendidikan proaktif memastikan isu sekolah daif ditangani segera menerusi pelaksanaan inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara," kata kenyataan itu.
Kementerian turut memberitahu, sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan pembinaannya dengan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.47 bilion sejak 2016.
Daripada jumlah projek yang sudah disiapkan, sebanyak 203 projek lagi sedang dalam pembinaan dan 233 projek lagi berada pada peringkat prabina.
Manakala pada tahun ini kerajaan telah meluluskan pembinaan 122 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif baharu di seluruh negara, kelulusan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.
"KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat," tambahnya.
Kommentare