top of page

Kerajaan MADANI bina kemudahan sukan RM297 juta di Kelantan



Penantian pembinaan kemudahan sukan berkualiti tinggi seperti stadium dan gelanggan baharu di Kelantan sejak era Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz Nik Mat lebih 3 dekad lalu, berakhir pada era Kerajaan MADANI.


Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, Kerajaan Persekutuan pada waktu ini memperuntukkan RM297 juta untuk membina kemudahan sukan baharu di negeri itu menjelang Kelantan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2028.


"Hal ini dijelmakan dengan usaha Kerajaan MADANI melalui Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan sehingga 297

juta ringgit bagi tujuan pembinaan kemudahan sukan di negeri Kelantan untuk memastikan penganjuran Sukan Malaysia pada tahun 2028 oleh negeri ini berjalan lancar dan hebat.


"Menjelang tahun 2028, Kelantan bakal memiliki stadium dan kompleks sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Malah kompleks sukan ini bakal dilengkapi dengan arena tertutup, stadium hoki, pusat skuasy, gelanggang lawn bowl, lapang sasar menembak dan pusat akuatik.


"Ini merupakan usaha kecil daripada Kerajaan MADANI untuk membolehkan rakyat Kelantan menikmati kemudahan sukan berkualiti tinggi dan seterusnya mampu menjentik semangat negeri hebat ini menghasilkan lebih ramai bakat baharu yang mampu mengharumkan nama negara di pentas dunia," katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara 2024 perigkat negeri Kelantan di AEON Mall, Kota Bharu semalam.


Selain itu, Adam Adli turut menyeru agar rakyat Kelantan menjadi lebih sihat dengan membudayakan aktiviti sukan pada setiap hari atau apabila mempunyai kelapangan.


Rakyat negeri itu juga diseru agar mengembangkan sukan tempatan untuk dikembangkan ke peringkat nasional.


"Selain daripada memberikan fokus terhadap aspek kecergasan individu, Hari Sukan Negara juga merupakan ruang terpenting

untuk menonjolkan kekuatan industri sukan tanah air.


"Malah penganjuran Hari Sukan Negara di negeri Kelantan ini juga diharapkan dapat mengembangkan potensi negeri ini menghasilkan pelbagai jenama sukan tempatan," katanya lagi.


Penantian untuk Kelantan mendapat kompleks sukan baharu mempunyai sejarah panjang sejak 1990 apabila negeri itu ditawan Pas.


Sejak tarikh berkenaan Kelantan terpaksa mencari penaja swasta bagi membaiki stadium bola sepak dan kemudahan sukan lain kerana tidak mempunyai cukup biaya untuk menaik taraf.


Perancangan membina kemudahan sukan baharu pada era 2010 juga tidak berjalan lancar kerana tiada dana diperuntukkan Kerajaan Persekutuan buat negeri pembangkang.


Hanya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan mengenang kesukaran rakyat negeri itu yang sama sama pernah berjuang menjana sokongan, maka peruntukan diberikan kepada Kelantan untuk menaiktaraf kemudahan sukannya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page