top of page

Kerajaan Madani beri subsidi pertanian tertinggi sepanjang sejarah



Kerajaan Madani mencatat rekod terbaik dalam menyediakan susbidi kepada penanam padi atau pesawah sepanjang sejarah negara.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam sesi Penyataan Menteri berkenaan sektor padi dan beras negara di Dewan Rakyat hari ini berkata, dalam Belanjawan 2025 Kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion kepada pesawah dalam bentuk subsidi serta insentif bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan.


Katanya, bantuan tersebut berupa RM1.38 bilion subsidi input pertanian, RM825 juta subsidi output pertanian dan RM397 juta bagi lain lain insentif serta bantuan.


"(Ia bersamaan kira kira) RM4,300 telah diberikan kepada setiap pesawah dalam sehektar, semusim untuk meringankan beban pesawah dan memperkasa pengeluaran," katanya di dewan pada sesi pagi.


Berikutan kenaikan kos penanaman padi pula, Mohamad berkata, kerajaan meneruskan pemberian subsidi input pertanian meliputi benih padi sah, baja, racun pengapuran dan upah. Kerajaan melakukan penambahbaikan jumlah subsidi dan insentif kepada pesawah misalnya pada tahun 2025 sebanyak RM2.6 bilion, meningkat daripada RM2.4 bilion 2024 dan RM1.9 bilion 2023.


Hal itu, kata beliau termasuk subsidi skim baja padi Kerajaan Persekutuan yang meningkat saban tahun iaitu RM388 juta pada 2023, RM576 juta 2024 dan RM627 juta pada 2025.


"Subsidi harga padi pula, jumlah bantuan diberi setiap tan metrik pada padi bersih telah meningkat. Zaman Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (1980an) bermula (bantuan) RM167, Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin beri kenaikan RM81.10, zaman Menteri Kewangan Najib Razak kenaikan RM51 menjadikan subsidi RM300.


"Manakala zaman Menteri Kewangan Lim Guan Eng kenaikan RM60 menjadikan subsidi RM360. Zaman Menteri Kewangan Anwar Ibrahim kenaikan paling tinggi, RM140, menjadikan jumlah subsidi RM500," katanya.


Pesawah, kata Mohamad turut menikmati subsidi harga padi, subsidi output sebanyak RM500 setiap tan metrik padi bersih dan menyumbang RM1,500 kepada pendapatan kasar mereka.


Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan tabung bencana padi. Bantuan, katanya, diberikan secara tunai khusus kepada pesawah berdasarkan tanaman yang musnah.


"Bagi peringkat tanaman 1 - 70 hari bantuan RM870 per hektar. Untuk 71 - 121 hari adalah sebanyak RM1,800 per hektar, jumlah maksimum yang layak mendapat bantuan adalah kawasan musnah 3 hektar dalam satu musim penanaman.


"Kerajaan juga perkenalkan skim takaful penanam padi pada 2024 bagi melindungi pesawah padi berdaftar di seluruh negara dari bencana alam dengan kadar caruman RM64 per musim, dan kadar perlindungan maksimum RM3,000 per hektar untuk pelbagai malapetaka," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page