top of page

Kerajaan MADANI beri perhatian khusus, bangunkan semula Labuan



Kerajaan MADANI merangka pelbagai perancangan dari sudut pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan sedia ada di pusat kewangan persisir Labuan.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, kerajaan akan memberi tumpuan khusus dalam memacu pembangunan infrastruktur serta ekonomi demi kesejahteraan warga pulau itu.


"Berbanding kerajaan sebelum ini, kita memberikan tumpuan yang khusus kepada Labuan.


"Apatah lagi ketika ini saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yakin kita akan meningkatkan usaha-usaha ini," katanya dipetik.


Dr Zaliha sebelum itu mengulas perancangan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025 ketika ditemubual LabuanFM.


Mengulas lanjut beliau berkata, antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang ada termasuk di Hospital Labuan.


Untuk memanfaatkan potensi pulau itu, tiga pasukan petugas khas telah ditubuhkan bertujuan untuk menumpukan kepada pelancongan, pemindahan kargo dan pembangunan infrastruktur termasuk projek jambatan (Labuan-Menumbok).


"Pasukan ini giat merancang usaha untuk menjadikan Labuan sebagai destinasi utama untuk pelancongan dan perniagaan," tambahnya.


Dalam pada itu Dr Zaliha memaklumkan, beberapa isu berlarutan yang dihadapi oleh penduduk di Labuan antaranya gangguan elektrik dan bekalan air telah menunjukkan kemajuan ke arah penyelesaian mutlak.


"Maklum balas daripada orang ramai, gangguan bekalan air dan elektrik telah berkurangan dengan sangat ketara dan pencapaian ini adalah daripada hasil peruntukan yang telah diluluskan pada tahun lalu sejumlah RM300 juta bagi mengatasi masalah tersebut,” kata beliau.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page