top of page

Kerajaan Madani beri bantuan Aidilfitri: Pas T'ganu gagal tadbir Kerajaan Negeri?



Pas yang mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu jelas gagal apabila terpaksa mengharapkan bantuan kerajaan pusat dalam menghulurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada kakitangan Kerajaan Negeri.


Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, pemberian BKKA oleh Kerajaan Persekutuan itu menunjukkan kelemahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam mentadbir.


Katanya, tidak sewajarnya Kerajaan Negeri di bawah Pas mengambil kakitangan seramai 14,000 orang jika tidak mampu membayar BKKA, sedangkan jumlah kakitangan sewaktu BN memerintah sebelum 2018 lalu hanyalah sekitar 7,000 orang.

 Ahmad Nadhir Yob
 Ahmad Nadhir Yob

"Pemberian BKKA dari kerajaan pusat kepada penjawat awam negeri Terengganu membuktikan bahawa kerajaan Pas pimpinan Dr Samsuri gagal segagalnya dalam mentadbir negeri.


"Penyokong Pas Terengganu sepatutnya merasa amat malu kepada fitnah yang dilemparkan kepada Kerajaan Madani tetapi Kerajaan Madani itulah yang membantu memberikan BKKA kepada penjawat awam negeri.


"Sedangkan sebagaimana yang kita tahu, ada di kalangan penjawat awam negeri yang dilantik itu diperalat untuk menyebarkan firnah kepada Kerajaan Madani. Sepatutnya (mereka) berasa malu dengan perkara ini," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir berharap rakyat Terengganu sedar tentang propaganda Pas kononnya mampu mentadbir dengan baik.


Katanya, Pas hanya membayangkan fatamorgana kepada penyokong mereka sedangkan pemimpin parti itu tidak mampu membuktikan pentadbiran yang mensejahterakan rakyat.


Oleh itu, kata Ahmad Nadhir, seharusnya penyokong Pas menghentikan tohmahan kepada kerajaan pusat.


"Penyokong Pas Terengganu diminta menghentikan segala fitnah yang telah dilakukan oleh mereka terhadap Kerajaan Madani dan rakyat Terengganu diminta lebih peka dan sedar dengan menolak Pas pada Pilihan Raya Umum ke 16," katanya lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page