top of page

Kerajaan luluskan RM1 bilion tingkat produktiviti pertanian



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM1 bilion untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) meningkatkan produktiviti bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan RM1 bilion itu berupaya menjamin penambahan produktiviti penghasilan beras sekurang-kurangnya memenuhi sekitar 70 peratus keperluan tempatan berbanding 56 peratus pada ketika ini.


''Kerajaan telah meluluskan RM1 bilion untuk MADA dan kita akan meluncurkan akhir bulan ini.


''Ia supaya di kawasan sawah yang ada, penambahan RM1 bilion itu boleh menjamin penambahan produktiviti,'' katanya ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Anwar menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang bertanya apakah Kerajaan bercadang mengkaji semula dasar sedia ada iaitu penghasilan 70 peratus beras tempatan dan pengimportan 30 peratus beras luar untuk kegunaan rakyat di negara ini.


Menurut Ronald, ia agar industri padi kekal utuh dan lestari selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).


Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, pada ketika ini KPKM turut giat mengambil langkah memperluaskan kegiatan penanaman padi supaya memenuhi Dasar Agromakanan yang telah ditetapkan.


''Peningkatan lebih tinggi terhadap keperluan beras tempatan. Langkah-langkah diambil di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.


''Lebih-lebih lagi Sarawak.. negeri itu telah memulakan satu projek raksasa penanaman padi dengan benih dan baja yang boleh meningkatkan produktiviti,'' ujarnya lagi.


Untuk rekod, pada tahun ini, KPKM memberikan tumpuan terhadap dua perkara iaitu mereformasikan industri beras dan membangunkan sektor ruminan.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, reformasi industri padi dan beras negara bertujuan memastikan kemandirian bekalan tempatan dan pada masa sama membawa industri itu ke tahap lebih tinggi dengan mengutamakan pendekatan lebih lestari, berdaya saing serta mesra alam.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page