top of page

Kerajaan lulus RM38 juta kos pengangkutan bekalan gula ke Malaysia Timur

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29
  • 1 min read


Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung kos tambahan pengangkutan membawa bekalan gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan menyalurkan peruntukan sejumlah RM38 juta setahun bagi tujuan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri, baru-baru ini.


"Sebelum ini peruntukan kos pengangkutan membawa bekalan gula putih bertapis ini sebanyak RM19 juta untuk 187,000 tan iaitu 10 sen bagi setiap paket.


"Tetapi ia meningkat berikutan keadaan geopolitik dunia yang turut memberi kesan kepada harga minyak dan sebagainya.


"Kabinet sudah bersetuju meluluskan syor KPDN supaya peruntukan ditingkatkan kepada 20 sen. Jadi bermula bulan depan, pengiraan kos setahun itu adalah RM38 juta," kata Armizan dipetik.


Beliau sebelumnya ditemui pada Majlis Ihya Ramadhan Tahun 2025 Peringkat Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong pada Jumaat.


Penambahan peruntukan itu tegasnya mengambarkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Sabah, Sarawak dan Labuan tidak terputus bekalan gula putih bertapis.


Sementara itu menurutnya, Kabinet turut mempersetujui syor KPDN untuk mewujudkan stok penimbal sebanyak 1,000 tan di Sabah, Sarawak dan Labuan.


Stok penimbal terbabit berfungsi jika berlaku gangguan bekalan dan stok gula itu boleh dikeluarkan serta-merta.

"Jadi bermula tahun ini, dengan kelulusan diberikan, kita akan bincangkan untuk syarikat gula wujudkan stok penimbal 1,000 tan di Sabah, Sarawak serta Labuan.


"Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan sekali bayar (one-off) RM1 juta bagi setiap stok penimbal ini dan selepas itu, kos penyelenggaraan penyelesaiannya akan ditanggung oleh kedua-dua pengilang.


"Kita akan bantu secara 'one-off' saja. Jadi dengan adanya stok penimbal ini, kita yakin tidak akan berlaku gangguan bekalan lagi bagi Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page