top of page

Kerajaan lulus projek RM4 bilion salur air mentah dari Perak ke P Pinang



Penduduk Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang terutamanya DUN Sungai Bakap tidak perlu mengeluh lagi mengenai terputus bekalan air atau tekanan air rendah selepas ini.


Hal itu kerana Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM4 bilion untuk pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, projek itu sebahagiannya akan dilaksana bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian, Perak.


"Oleh kerana itu, air terawat memenuhi keperluan rakyat dan keperluan KIGID. KIGID memerlukan jumlah air yang cukup besar, kalau kita sebut data centre plus ai, itu keperluan tenaga.


"Keperluan air sangat besar maka ia dapat dipenuhi dengan pengurusan air dan juga beberapa program tempatan. Ia menggunakan jalur dari Bukit Merah ke Kerian untun memenuhi keperluan KIGID dan dari Kerian terus ke Seberang Perai," katanya dipetik ketika berucap merasmikan Pelancaran Pelan Induk KIGIP di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, semalam.


PM turut menyifatkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) merupakan projek penting bagi menaikkan taraf hidup di kawasan selatan Seberang Perai dan utara Perak yang sebelum ini merupakan antara kawasan miskin di utara Semenanjung.


KIGIP juga, katanya, akan menjadi projek taman perindustrian yang dibangun menggunakan tenaga boleh diperbaharui selain meliputi teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI)


"Projek sangat penting kepada negara, kita amanah kepada satu badan PNB yang memegang amanah bagi Bumiputera. Kita mahu ia berjaya dengan tahap dan kecekapan dan prestasi yang sangat baik.


"Kerajaan akan memberi tumpuan untuk memastikan ia berjalan dan siap lebih cepat daripada yang diunjurkan pada peringkat awal," katanya lagi.


Anwar juga mengumumkan bagi menyokong pembangunan KIGIP, cadangan membina susur keluar dari KIGIP ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang dianggarkan menelan kos RM60 juta akan dipercepatkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page