top of page

Kerajaan lulus projek pelebaran LTSAS, peruntukan RM60 juta



Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.


Kos tersebut meliputi projek fasa pertama membabitkan RM8 juta dan baki RM52 juta untuk fasa kedua.


"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meluluskan peruntukan ini, ia mimpi jadi kenyataan kerana telah dinantikan bertahun-tahun," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dipetik.


Beliau sebelumnya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) yang turut dihadiri Perdana Menteri.


Dalam pada itu Kor Ming berkata, menerusi peruntukan itu LTSAS dijangka mampu menampung kapasiti tidak kurang daripada 700,000 penumpang setahun berbanding 500,000 penumpang pada masa ini.


Tahun lalu, LTSAS telah menerima kira-kira 512,000 penumpang dan perkembangan itu dijangka mengangkat ekonomi Perak ke peringkat yang lebih tinggi.


"Perancangan menaik taraf tersebut juga membabitkan pembinaan terminal kargo di atas tanah seluas lebih 10 hektar tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) berhampiran lapangan terbang sedia ada.


"Ia dijangka boleh membantu produk eksport ke negara seperti Singapura, Thailand dan sebagainya," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page