top of page

Kerajaan lakukan pelbagai cara bantu rakyat atasi beban kos sara hidup - Dr Fuziah



Oleh: Akmal Manaf


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membangunkan satu indikator berkaitan kos sara hidup bagi mengukur perbelanjaan agar sebuah keluarga itu dapat menjalani kehidupan yang wajar.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Dr Fuziah Salleh berkata, untuk menambah kemampuan berbelanja dan meningkatkan pendapatan bagi penjawat awam, kerajaan telah memperkenalkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).


Selain itu katanya, kerajaan turut memperkenalkan Dasar Gaji Progresif bagi pemberian upah dan gaji yang adil untuk pekerja sektor swasta.


''Ketiga, kami melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan semakan Perintah Gaji Minimum (PGM) dari semasa ke semasa.


''Seterusnya kerajaan juga menetapkan gaji premium lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET).


''Di samping itu, kerajaan telah memperuntukkan RM13 bilion untuk tahun 2025 berbanding RM10 bilion pada tahun 2024 untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Dr Fuziah menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) yang meminta kementerian itu menyatakan komitmen dalam memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani kebimbangan rakyat dalam soal kos sara hidup yang semakin meningkat.


Selain itu, Shahidan ingin tahu apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah kartel dan monopoli yang mempengaruhi kenaikan harga barang dan perancangan rentas kementerian dalam menangani kos sara hidup rakyat.


Menjawab pertanyaan tersebut, Fuziah menjelaskan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan siasatan.


''MyCC memainkan peranan untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sekiranya didapati berlaku kartel.


''Untuk monopoli pula, MyCC memainkan peranan sama dan jika sepanjang rantaian bekalan itu didapati wujud unsur monopoli dan kartel, maka MyCC boleh mengambil tindakan,'' katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page