top of page

Kerajaan laksana penggunaan kod QR secara percubaan di KLIA



Tempoh percubaan penggunaan kod Respons Pantas (QR) bakal dilaksana di 40 lorong khas Terminal 1 (T1) dan T2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula bulan ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penggunaan kod QR khusus bagi rakyat Malaysia itu sebagai langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara termasuk di KLIA terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.


"Melalui sistem kod QR ini, pengembara tidak perlu lagi mengeluarkan pasport semasa pelepasan imigresen, namun mereka diwajibkan untuk sentiasa membawa pasport sepanjang perjalanan," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.


Sistem itu akan membolehkan pengembara mengimbas kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan mereka.

Ia dijangka memendekkan tempoh pelepasan imigresen antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.


Penggunaan teknologi terkini itu juga diharap dapat meningkatkan aspek keselamatan dan kecekapan perkhidmatan serta mengurangkan ketirisan.


Saifuddin bagaimanapun berkata, walaupun pelepasan imigresen dilaksanakan menggunakan kod QR, namun kemudahan kaunter manual dan sistem pagar automatik konvensional akan terus tersedia serta masih boleh digunakan seperti biasa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page