top of page

Kerajaan komited pastikan kedaulatan sistem kehakiman - PM



Kerajaan komited memastikan kedaulatan sistem kehakiman agar institusi itu bebas menegakkan dan mentadbir keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan kehakiman tertakluk di bawah doktrin pengasingan kuasa iaitu prinsip yang termaktub di bawah struktur asas Perlembagaan Persekutuan.


"Pada masa lalu, sejarah menyaksikan bagaimana prinsip suci itu dicabuli kuasa yang ada berikutan ada pihak tidak jujur menyalahgunakan kedudukan mereka memesongkan keadilan bagi mencapai tujuan politik yang jahat dan keji.


"Tetapi izinkan saya dengan tegas mengisytiharkan cukuplah perkara itu dan era itu sudah berlalu. Kita tidak akan membenarkan penyalahgunaan dan pencabulan undang-undang seperti itu berulang lagi," katanya pada ucapan perasmian Persidangan LAWASIA ke-37 di Hilton Hotel, Kuala Lumpur Ahad

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden LAWASIA (India), Shyam Divan; Presiden Majlis Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.


Sementara itu Anwar melalui ucapannya turut berkata, undang-undang negara harus teguh dan fleksibel serta mampu melindungi hak individu dan kepentingan masyarakat di pihak lain.


Selain itu tegasnya, reformasi kehakiman dan undang-undang juga mesti berkembang seiring kemajuan negara dengan perubahan zaman untuk memastikan pembangunan dan kemajuan yang berterusan.


"Kumpulan pengamal undang-undang tidak seharusnya dikawal oleh pandangan dan tuntutan golongan elit, serta tidak harus tunduk kepada pengaruh kumpulan pendesak yang melayani kepentingan golongan berada dan berkuasa.


"Profesional undang-undang memainkan peranan penting dalam evolusi ini, bekerjasama rapat dengan penggubal dasar dan pihak berkepentingan untuk merekabentuk rangka kerja yang menggalakkan inovasi sambil menjaga keadilan dan kesaksamaan.


"Lanskap yang berubah ini juga memerlukan kita memikirkan semula sama ada undang-undang kita mencukupi untuk melindungi privasi, keselamatan dan kepercayaan awam dan yang lebih penting, sama ada keputusan kehakiman boleh memberi manfaat kepada kepentingan negara dalam jangka panjang," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page