top of page

Kerajaan komited luaskan kawasan hijau di Kuala Lumpur



Seluas 2,393.79 hektar kawasan lapang di Kuala Lumpur telah diperuntukkan sebagai kawasan hijau setakat ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat pada Selasa memberitahu, daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.


"Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Rekreasi Bukit Kerinchi, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Taman Tasik Pudu Ulu dan Taman Tasik Titiwangsa juga merupakan kawasan lapang dan rekreasi di Kuala Lumpur yang diwartakan bagi kegunaan orang ramai," katanya dipetik.


Statistik itu dikeluarkan bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang mengusulkan soalan mengenai perkembangan taman-taman awam dan hutan simpan di Kuala Lumpur.


Prabakaran turut bertanyakan strategi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyasarkan nisbah 20 meter persegi kawasan tanah lapang berpenduduk dijadikan sebagai kawasan hijau.

Sementara itu, Dr Zaliha menegaskan, setiap pembangunan dicadangkan di Kuala Lumpur diwajibkan mematuhi syarat-syarat nyata DBKL antaranya perlu memperuntukkan 10 peratus kawasan lapang dalam lot pembangunan yang akan dilaksanakan.


Beliau berkata hal ini secara langsung akan meningkatkan 100 peratus kawasan rekreasi sedia ada di samping mengekalkan hutan simpan di seluruh Kuala Lumpur menjelang 2040


Manakala kawasan diwartakan sebagai hutan simpan di Kuala Lumpur tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti pembangunan bercampur mahupun tujuan kediaman.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page