top of page

Kerajaan komited bawa pulang rakyat jadi mangsa scammer di Myanmar



Kerajaan MADANI komited untuk meneruskan usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa scammer pekerjaan di Myanmar.


Menurut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, atas persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya melantik Duta Khas Malaysia ke Myanmar iaitu bekas Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Othman Hashim untuk berunding dengan beberapa kumpulan tertentu di negara berkenaan.


"Situasi di Myanmar amat sukar, sebelum ini kita boleh berunding tetapi sekarang ini banyak sangat kelompok warlord yang menguasai province (wilayah), mereka mempunyai kekuatan persenjataan.


"Saya tidak janji boleh selamatkan semua … bukan hanya di Myanmar sahaja, di Filipina, di sempadan Segitiga Emas, Thailand, Laos dan Myanmar yang kini menjadi pengeluar dadah terbesar dan wang itulah membiayai warload itu, ini jadi amat sukar," katanya dipetik.


Mohamad Hasan berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan e-Sport Piala Tok Mat di KIP Mall, Seremban pada Sabtu.


Dalam pada itu beliau menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran gaji berlipat ganda ditawarkan di media sosial.


Ia bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer pekerjaan terutamanya di Myanmar dan negara Asia Tenggara yang lain.


"Baru-baru ini saya sendiri minta seorang rakyat iaitu bekas pelajar universiti (mangsa scammer) menunjukkan bagaimana kecacatan kekal dialaminya, dia diseksa oleh sindiket kerana tidak berjaya menepati atau melakukan tugas diberikan," katanya sambil berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page