top of page

Kerajaan komited angkat martabat penghibur jalanan - Dr Zaliha



Kerajaan MADANI menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited mengangkat martabat penghibur jalanan di sekitar ibu negara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu selari usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan berharap penghibur jalanan dapat menampilkan lebih banyak elemen seni budaya tempatan dalam persembahan mereka.


"Kita tidak mahu buskers sekadar memainkan lagu-lagu pop atau balada yang biasa didengar. Sebaliknya digalakkan membawa elemen muzik tradisional Malaysia seperti gamelan dan ghazal yang diberi sentuhan moden supaya dapat memperkenalkan warisan budaya negara kepada pelancong," katanya dipetik pada sesi waktu pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat semalam.


Terdahulu, Ahli Parlimen Batu, Prabakaran M. Parameswaran bertanya sama ada DBKL mempunyai inisiatif untuk mengangkat martabat penghibur jalanan seperti kota-kota utama dunia lain seperti London dan Paris sebagai usaha promosi kota budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.


Mengulas lanjut perkata itu Dr Zaliha menjelaskan, DBKL menubuhkan Task Force KL Street Artist bagi memastikan penghibur jalanan yang berdaftar mematuhi garis panduan yang ditetapkan, termasuk lokasi persembahan, waktu operasi dan had bunyi yang dibenarkan.


Selain itu bagi memastikan mutu persembahan penghibur jalanan terus dipertingkatkan, DBKL mewajibkan semua pemegang permit menghadiri Bengkel Pemantapan KL Street Artist sebelum memperbaharui permit mereka.


"Bengkel bertujuan memberi pendedahan mengenai etika persembahan, penampilan yang lebih profesional serta kepentingan menjaga imej sebagai duta budaya Kuala Lumpur.


"Selain aspek seni, kita juga mahu buskers menjaga disiplin mereka dengan berpakaian lebih sopan dan berinteraksi dengan penonton secara profesional.


"Ini bukan sahaja membantu memperbaiki persembahan mereka, tetapi juga membentuk ekosistem seni jalanan yang lebih teratur dan berdaya saing.


"Kita yakin dengan pelaksanaan inisiatif ini, Kuala Lumpur akan dapat membina komuniti seni jalanan yang berkualiti, sekali gus menjadikan ibu kota sebagai tarikan budaya bertaraf antarabangsa," ujarnya.


Menurut Dr Zaliha, sebanyak 579 permit telah dikeluarkan kepada seniman jalanan yang terdiri daripada 374 individu dalam kategori Seni Persembahan Muzik (SPM) dan 205 individu dalam kategori Seni Visual Kreatif (SVK) seperti badut, maskot, ahli silap mata serta pelukis inai.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page