top of page

Kerajaan kenal pasti empat negeri berpotensi terajui industri CCUS



Kementerian Ekonomi menjangkakan sektor Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) akan menjadi sumber baharu pendapatan negara bermula tahun hadapan.


Menterinya Rafizi Ramli ketika mengulas perkara itu berkata, Rang Undang-Undang mewujudkan industri tenaga diperbaharui tersebut akan dimuktamadkan di Parlimen pada November depan.


"Itu (Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon) akan melahirkan industri CCUS di Malaysia.


"Perbincangan dengan pelabur-pelabur dan pelanggan antarabangsa yang akan menggunakan CCCUS sedang berjalan dan besar kemungkinan akan dimuktamadkan dalam tahun 2025," katanya dipetik.


Rafizi berkata begitu kepada pemberita selepas mengadakan Sesi Libat Urus Pelaksanaan CCUS dengan kerajaan negeri Terengganu di Kuala Terengganu pada Ahad.


CCUS merupakan antara projek rintis dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan, ia merupakan industri berimpak tinggi dan dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negeri yang terlibat.


Setakat ini menurut Rafizi, Kerajaan Persekutuan mengenal pasti empat negeri iaitu Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak yang berpotensi menjadi peneraju dalam industri itu.


Ia berikutan kesemua negeri berkenaan mempunyai telaga minyak yang sudah tidak digunakan dan turut memiliki fasiliti terminal sedia ada bagi menjalankan aktiviti CCUS.

"Terengganu berpotensi tinggi kerana sudah mempunyai fasiliti diperlukan untuk sektor baharu tersebut iaitu telaga-telaga minyak yang telah kosong di luar pesisir pantai serta terminal penapisan milik Petronas di Kertih, Kemaman.


"Kita melihat potensi untuk ia dikembangkan melebihi industri berasaskan petrokimia dan minyak sedia ada.


"Jadi, itu sebenarnya potensi yang ada untuk pelaburan yang (membawa) kesan limpahan ekonomi kepada Terengganu jika kita berjaya menyusun dengan baik," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page