top of page

Kerajaan kekal keputusan beku kemasukan pekerja asing



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan mengekalkan pembekuan kelulusan bagi permohonan kuota penggajian pekerja asing sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui satu kenyataan pada Isnin berkata, keputusan itu susulan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 Sept lepas didapati menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.


"Maka, dimaklumkan bahawa pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing adalah diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


"Kerajaan akan meneliti dan membuat pertimbangan semula berhubung ketetapan pembukaan kuota penggajian pekerja asing," katanya.


Untuk rekod, Menteri Sumber Manusia Steven Sim di Dewan Rakyat pada Mac lalu memaklumkan, jumlah pekerja asing yang bekerja dalam negara berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia setakat 15 Mac adalah seramai 2,171,798 orang.


Kerajaan telah menetapkan bilangan pekerja asing dalam negara tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page