top of page

Kerajaan Kedah perlu putus kerjasama dengan syarikat pro-Israel - Dr Taufiq



Oleh: Abdullah Zaid


Kerjasama strategik Kerajaan Kedah dengan syarikat teknologi penerbangan pro-Israel menimbulkan persoalan mengenai pendirian sebenar parti Pas dalam membela nasib rakyat Palestin.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kerjasama dengan Boeing SE Asia bagi tujuan hab pembangunan Kedah Science Technology Park (KSTP) di Bukit Kayu Hitam boleh dipersoalkan memandangkan syarikat teknologi itu dikatakan membekalkan peluru berpandu kepada Angkatan Tentera Israel (IDF).


Tegas Dr Taufiq, hubungan itu memperlihatkan hipokrasi di pihak Pas kerana blok PN tidak putus putus menuduh Kerajaan Madani pro Israel dalam isu saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang disertai gergasi permodalan BlackRock yang dikatakan pro-Israel.


"Ini adalah 'typical' parti Pas. Apa yang dilakukan oleh orang salah, yang dibuat oleh mereka semuanya benar dan berdalil.


"Saya mencabar kerajaan Kedah memutuskan hubungan dengan semua syarikat yang berkaitan (pro) Israel jika mereka benar-benar ikhlas," katanya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah.


Untuk rekod, syarikat Boeing di Amerika Syarikat (AS) pernah dilapor membekalkan kira kira 1,000 bom termasuk Bom Diameter Kecil (SDM) dan kit Joint Direct Attack Munition (JDAM) kepada lDF.


Sokongan itu menyaksikan kumpulan aktivis di AS pada November tahun lalu menghalang setiap pintu masuk ke Bangunan 598 di kemudahan Boeing di Missouri kerana ia dijadikan kilang menghasilkan bom dan peluru untuk operasi ketenteraan di Gaza.


Bloomberg pada 10 Oktober tahun lalu pula melaporkan Boeing mempercepatkan penghantaran 1,000 peluru berpandu tepat ke Israel ketika negara zionis itu meningkatkan serangan ke atas Gaza.


Langkah itu sekaligus menimbul reaksi pelbagai pihak yang mempersoal pendirian Perikatan Nasional (PN) yang mengkritik lantang isu penjualan pegangan saham dalam MAHB kepada BlackRock.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page