top of page

Kerajaan kaji kenaikan elaun kritikal anggota Bomba - Nga Kor Ming



Kerajaan sedang mengkaji semula elaun kritikal bagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan kebajikan mereka.


Perkara itu dinyatakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming kepada pemberita pada satu acara di Putrajaya pada Jumaat.


"Tahun hadapan (gaji penjawat awam) akan naik lagi, tapi tentang soalan itu adalah tentang mengenai elaun kritikal.


"Itu dalam kajian, memang itu sentiasa dalam agenda kementerian untuk perbaiki kebajikan (anggota bomba).


"Visi saya adalah supaya anggota bomba kita adalah setanding dengan pasukan uniform yang lain supaya mereka dipertimbang (kenaikan gaji) yang sewajarnya," katanya dipetik selepas menyempurnakan flag off Skuad Insan Madani di pekarangan kementerian itu.


Hadir sama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Atirah Sabu dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.


Untuk rekod, penjawat awam Persekutuan termasuk anggota JBPM bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 15% menerusi 2 fasa mulai bulan ini. Kenaikan itu merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Isu berkaitan elaun kritikal anggota JBPM dibangkitkan Ahli Parlimen kerajaan pada bulan lalu.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, dan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menggesa Putrajaya mengkaji semula gaji dan elaun anggota terbabit kerana pendapatan diterima kini disifatkan tidak setimpal dengan skop kerja yang dilakukan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page