top of page

Kerajaan kaji impak platform DeepSeek terhadap Malaysia



Kerajaan mengadakan kajian berkaitan impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek yang dihasilkan firma teknologi China terhadap Malaysia.


Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kerajaan memberikan perhatian serius terhadap DeepSeek dan modelnya sebelum ia boleh disesuaikan untuk kegunaan tempatan supaya seiring dengan perkembangan pesat landskap AI.


"Pada masa lalu, kita sudah melihat kemunculan ChatGPT dan banyak perkembangan lain dalam dunia AI.


"Ini adalah pembangunan teknologi yang berterusan dan melihat lebih banyak produk berkaitan sebelum meneruskannya.


"Saya fikir kita perlu mengkaji perkara ini untuk melihat bagaimana kita juga boleh menyesuaikannya dengan teknologi semasa di negara ini," katanya dipetik.


Gobind ditemui pemberita selepas menghadiri sesi taklimat mengenai sistem pengurusan digital kuil di Kuil Arulmigu Sri Maha Mariamman Thirukkovil di sini hari ini.


DeepSeek mendapat perhatian perhatian di peringkat global, meskipun beroperasi dengan sumber yang jauh lebih terhad, platform itu dikatakan menandingi atau melebihi keupayaan platform yang mantap seperti ChatGPT OpenAI.


Chatbot itu telah mengatasi ChatGPT di beberapa pasaran utama termasuk Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjejaskan saham peneraju industri digital utama seperti Google dan OpenAI.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page