top of page

Kerajaan giat tarik golongan muda lanjut pelajaran dalam TVET



Kerajaan giat menggerakkan pelbagai usaha bagi menarik golongan muda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.


Jelas Datuk Mustapha Sakmud, kesungguhan kerajaan dalam memperkasa aliran TVET dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 bagi menawarkan pelbagai kursus dan program bidang berkaitan di seluruh negara.


Sektor itu menurutnya bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan lebih tinggi untuk rakyat malah dapat memacu kemajuan negara.


"Negara telah menjadikan TVET sebagai pencetus perubahan... untuk kita mencapai negara maju yang berpendapatan tinggi, perlu berasaskan teknologi yang tinggi juga dengan proses pendigitalan sekarang, kecerdasan buatan dan pelbagai lagi.


"Maknanya pihak kerajaan telah menetapkan bahawa TVET ini memang kena perkasakan dan kita nak tarik seramai mungkin generasi muda kita yang minat tentang kemahiran ini masuk dalam institusi TVET," katanya dipetik.


Mustapha ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke Politeknik Kuching pada Sabtu.


Pada lawatan kerja itu beliau menghadiri sesi taklimat dan mendapatkan maklum balas serta cadangan daripada pemegang taruh dalam usaha memastikan sektor TVET mampu menyediakan tenaga kerja yang menepati permintaan pasaran.


Sementara itu jelasnya, institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi seperti Politeknik menawarkan pelbagai jurusan TVET di peringkat diploma dan ijazah selain kolej komuniti yang menyediakan kursus pendek seperti pembelajaran sepanjang hayat (PSH).


"PSH ini kita tawarkan kepada pelbagai peringkat umur dan melalui kursus pendek ini, kita dapat melahirkan ramai usahawan serta penjaja kecil kepada pelbagai kelompok di sekitar komuniti," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page