top of page

Kerajaan gerakkan bantuan untuk mangsa banjir di Sarawak



Kerajaan sudah menggerakkan bantuan segera termasuk keperluan asas dan sokongan psikososial kepada mangsa bencana banjir di seluruh Sarawak.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, bantuan disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berkaitan.


Beberapa daerah di negeri itu termasuk Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau, dan Simunjan dilapor terjejas kejadian banjir susulan hujan berterusan tanpa henti.


Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat malam tadi 2,981 orang mangsa daripada 862 keluarga sudah ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS).


Sementara itu Nancy dalam kenyataannya menyeru semua pihak agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Tambahnya, bagi maklumat lanjut atau bantuan, orang awam atau mangsa yang terkesan boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau pejabat bahagian serta daerah JKM terdekat.


Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching di talian 082-507 600, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Bau 082-763 044, PKMB Serian 082-892 288, PKMD Simunjan 082-803 707, PKMB Bintulu 086-313 675 dan PKMB Miri 085-432 960.

"Kepada mereka yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan melalui JKM atau pertubuhan yang diiktiraf," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page