top of page

Kerajaan fokus tingkat hasil padi, naik taraf hidup pesawah



Kerajaan Perpaduan akan memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan hasil tanaman padi pesawah serta menaikkan taraf hidup golongan itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang pada Sabtu berkata, kerajaan akan memperkenal beberapa projek besar bagi menyokong usaha itu.


Ia termasuk projek raksasa tanaman padi fasa pertama dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 bilion yang akan dimulakan tidak lama lagi.


"Keseluruhan projek menelan kos RM5 bilion untuk kita tumpukan perhatian pada pesawah dan hasil mereka," katanya dipetik.


Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan timbalannya Datuk Arthur Joseph Kurup, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.


Sementara itu Anwar juga mahu semua kementerian dan agensi untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi menjamin produktiviti pengeluaran makanan negara tercapai.


Beliau berkata menjadi cabaran kepada kerajaan dan agensi berkaitan dalam menggerakkan masyarakat khususnya golongan petani, pesawah dan nelayan untuk bersama-sama menerima perubahan sedang dirancang bagi melonjakkan hasil dengan lebih baik.


"Bagaimana kita mahu gerakan masyarakat, termasuk golongan petani, pesawah, nelayan untuk juga terima perubahan (transformasi industri pertanian) ini, dan melonjakkan hasil dengan baik," tambahnya.


MAHA 2024 bertemakan ‘Menuai Harapan Membina Masa Hadapan’ berlangsung selama 12 hari sehingga 22 Sept ini, dengan sasaran kehadiran tiga juta pengunjung dan kira-kira RM6 bilion nilai perjanjian persefahaman serta RM40 juta nilai jualan langsung.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page