top of page

Kerajaan cadang undang-undang tangani isu pencemaran plastik



Kerajaan akan terus berusaha menangani masalah pembuangan dan pencemaran plastik yang menjadi isu utama di negara ini.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya kini sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus dalam isu pencemaran plastik berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.


"Sebahagian besarnya bergantung kepada kerajaan tempatan. Ada beberapa bandar seperti Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor bergerak pantas, yang lain tidak.


"Kita memerlukan pendekatan nasional untuk menangani pencemaran plastik," katanya dipetik selepas merasmikan Kongres Jurukur Antarabangsa Ke-26 2024 di sebuah hotel di sini pada Khamis.


Beliau sementara itu menekankan tentang keperluan untuk rangka kerja undang-undang yang teguh untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali pakai secara berperingkat, meningkatkan kadar kitar semula dan memerangi pencemaran plastik dengan berkesan.

"Kami bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar kementerian, bertemu dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik dan perunding untuk belajar daripada negara lain dalam menentukan jalan terbaik ke hadapan," katanya.


Nik Nazmi bercakap kepada pemberita turut memberitahu, pihaknya kini sedang berbincang dengan Kementerian Ekonomi untuk menjalankan kajian sewajarnya mengenai dasar plastik negara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page