top of page

Kerajaan cadang pindaan Akta FINAS bantu perkembangan industri filem



Kementerian Komunikasi berhasrat untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981.


Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu selepas mengambil kira perubahan dalam industri perfileman termasuk kemunculan platform penstriman dalam talian.


"Perubahan besar sedang berlaku termasuk dengan penstriman langsung.. adalah wajar kita usahakan pindaan kepada Akta Finas bagi mencerminkan perubahan-perubahan yang sedang berlaku," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Program Raya Sama-Sama di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di Kuala Lumpur pada Isnin.


Pada majlis itu beliau menyampaikan sumbangan kepada 76 pengamal media dan artis veteran selain sumbangan RM50,000 daripada Kementerian Komunikasi kepada Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia.

Sementara itu sebagai mengulas isu kebajikan pekerja bidang perfileman, Fahmi berkata pihaknya akan melihat aspek kebajikan dan kemampanan bagi sektor media termasuk untuk artis veteran.


Tambahnya, beliau akan berjumpa dengan persatuan artis veteran untuk meneliti 10 perkara diajukan.


"Saya juga akan bekerjasama dengan persatuan artis veteran untuk menyantuni dan mendengar isu dihadapi dan bagaimana kerajaan boleh membantu mereka," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page