top of page

Kerajaan bersungguh kurangkan defisit fiskal - Dr Barjoyai Bardai



Kenaikan hutang kerajaan harus dilihat seiring kemampuan Putrajaya mengawal defisit fiskal pada kadar sekitar 4 hingga 4.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai dipetik berkata, kenaikan hutang kerajaan sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 trilion setakat April berbanding RM1.17 trilion pada hujung tahun lalu tidak harus menjadi polemik tanpa mengambil kira faktor lain.


Kenaikan itu menurutnya masih dalam kawalan anggaran menerusi Belanjawan 2024, pada masa sama kerajaan juga tegasnya turut melaksanakan pelbagai strategi untuk terus mengurangkan jumlah hutang negara termasuk melalui penyasaran semula subsidi diesel yang menyaksikan pengapungan harga bahan api itu di Semenanjung Malaysia.


"Kerajaan dilihat bersungguh-sungguh cuba mengurangkan defisit fiskal, salah satunya dengan melaksanakan strategi itu.


"Keadaan ini mewujudkan suasana penerima manfaat apabila kerajaan dapat berjimat RM4 bilion setahun yang hasil itu dikembalikan untuk kesejahteraan orang ramai," katanya.


Penyasaran subsidi diesel dilaksana pada 10 Jun lalu. Seiring pelaksanaannya, kerajaan turut menyalurkan bantuan bulanan RM200 kepada pengguna kenderaan persendirian serta petani dan pekebun yang layak.


Kementerian Kewangan (MoF) melalui jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen baru-baru ini menegaskan, kerajaan komited mengekalkan trajektori konsolidasi fiskal dengan defisit pada 2022 merekodkan 5.6% KDNK (RM99.5 bilion) kemudian berkurangan 5.0% (RM91.4 bilion) pada tahun berikutnya.


Defisit fiskal pada 2024 diunjur terus berkurang kepada 4.3% KDNK iaitu RM85.4 bilion berbanding berbanding 5% atau RM91.4 bilion direkodkan tahun lalu.

Bagi tempoh Januari hingga April 2024, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM70.5 bilion meliputi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (RM34.5 bilion) dan bil Perbendaharaan (RM6 bilion).


Terimaan pinjaman ini menurut MoF digunakan untuk membayar hutang matang sebanyak RM20.6 bilion dan baki RM49.9 bilion bagi menampung defisit dalam tempoh tersebut serta hutang yang akan matang.


Pertambahan pinjaman menjadi polemik dan disensasikan oleh pihak pembangkang sejak kebelakangan ini. Namun harus diingat tujuan pinjaman yang diambil oleh Kerajaan Madani.


Sekiranya untuk belanja pembinaan insfrastruktur maka ianya merupakan pinjaman berkualiti, berbanding untuk memberi subsidi atau sebagainya yang disifatkan sebagai belanja hangus.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page