top of page

Kerajaan berkesan, tidak bergolak, untuk apa pilihanraya mengejut?



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN Sarawak mengecam gesaan pemimpin pembangkang untuk diadakan pilihanraya mengejut bagi mengukur sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Menurut ketuanya, Chiew Choon Man cadangan berkenaan hanya mambazirkan dana awam dan tidak diperlukan dalam suasana kerajaan stabil serta berjaya memulihkan ekonomi negara.


"Di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang mantap dan berwawasan, kita telah melihat tanda-tanda pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang jelas.


"Inflasi terkawal, pelaburan (dalam dan luar negara) mengalir masuk, pasaran saham kita menunjukkan daya tahan dan (nilai) ringgit semakin stabil.


"Ini adalah petunjuk kukuh bahawa dasar kerajaan berfungsi dengan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Ahli Parlimen Miri itu, Perdana Menteri dan rakan komponennya telah bekerja keras untuk memberi manfaat kepada rakyat. 


Momentun tersebut, kataya, tidak perlu diganggu gugat dengan khabar tidak baik atau perbuatan adu domba pembangkang.


"Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan hala tuju negara.


"Daripada mengganggu momentum ini dengan berpolitik dengan perkara tidak penting, kita sepatutnya mesti menumpukan usaha untuk membina kejayaan demi kebaikan rakyat Malaysia," katanya. 


Dalam pada itu, Choon Man turut menegur sikap blok pembangkang yang terus memainkan politik peribadi tanpa berkesudahan.


Tegasnya, pembangkang seharusnya memikirkan bagaimana untuk mengutamakan nasib rakyat dengan meningkatkan fungsi dan peranan mereka.


"Perdana Menteri telah menunjukkan contoh yang jelas untuk memberi tumpuan kepada rakyat dan mengutamakan negara, sudah tiba masanya untuk semua parti politik melakukan perkara yang sama," ujar lagi.


Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris dilaporkan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen segera dengan alasan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.


Bagaimanapun gesaan itu mendapat reaksi negatif kerana ianya amat janggal, melaksanakan pilihanraya pertengahan penggal pada waktu kerajaan tidak menghadapi sebarang pergolakan politik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page