top of page

Kerajaan beri tumpuan penyasaran subdisi diesel hingga stabil



Kerajaan pada masa ini memberikan tumpuan kepada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bagi memastikan ia menjadi stabil sebelum meneliti keperluan dasar itu diperluaskan kepada petrol RON95.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, rasionalisasi subsidi membabitkan petrol RON95 masih dalam penelitian kerajaan.


"Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan yang terkesan akan diberikan bantuan yang sewajarnya.


"Pelaksanaan inisiatif ini juga akan membantu kerajaan memperkukuhkan kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada," katanya ketika menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat secara bertulis.


Rafizi berkata pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu dijangka memberikan penjimatan RM4 bilion setahun, sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan, antaranya memperkukuh fiskal negara serta mengurangkan ketirisan bantuan kerajaan itu.


"Penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat melalui pelaksanaan program, projek yang lebih memberi manfaat dan benar-benar diperlukan oleh rakyat seperti penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan sosial serta kemudahan awam termasuk kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan," katanya.


Tambah beliau, penyasaran subsidi merupakan salah satu anjakan besar dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12.


"Inisiatif ini penting dalam usaha memperkukuh kemampanan fiskal dan memastikan hanya kumpulan sasar yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan dan subsidi," katanya.


Beliau menjelaskan, sejak 2016, kerajaan telah menyediakan peruntukan subsidi dan bantuan sosial secara purata sebanyak RM23.0 bilion setahun.


Katanya jumlah ini telah meningkat kepada RM67.3 bilion pada 2022 disebabkan kenaikan harga komoditi minyak mentah dan minyak sawit.


"Memandangkan subsidi bahan api merupakan komponen kedua terbesar yang meliputi 12.3 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2023, terdapat keperluan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page