top of page

Kerajaan bentang RUU Pekerja Gig 2025 di Parlimen Mac ini



Draf berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan sebelum dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Mac ini.


Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, sekiranya diluluskan kelak, Malaysia akan menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja dalam sektor tersebut.

Antara perkara asas yang mahu diperkenal dalam RUU tersebut antaranya berkaitan definisi rasmi bagi pekerja gig yang sebelum ini tidak termaktub dalam akta kerja sedia ada bakal diperkenal menerusi RUU itu.


"Dengan adanya definisi ini, pekerja gig akan mendapat perlindungan yang sewajarnya seperti pekerja sektor lain. Selain itu, RUU ini turut memberi perhatian kepada isu pendapatan pekerja gig, khususnya dalam menangani persaingan harga yang terlalu sengit.


"RUU ini juga akan memperkenalkan mekanisme bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara pekerja gig dan penyedia platform di samping melihat aspek perlindungan keselamatan seperti caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)," katanya dipetik pada sesi dialog awam bersama pihak berkepentingan dan pemain industri berhubung draft RUU Pekerja Gig 2025 .


Sesi itu diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada Rabu.


Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam menyeru semua pihak untuk menyokong RUU tersebut.


Selain itu beliau turut mengalu-alukan pembabitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam RUU itu untuk membantu pekerja gig dari segi caruman.


"RUU ini telah dibincangkan sejak 2019 jadi saya minta kerjasama daripada semua pihak sama ada penunggang (rider), majikan, pihak yang berkepentingan dan Ahli Parlimen tak kira apa parti supaya boleh berjuang (menyokong) bersama-sama merealisasikan undang-undang baharu ini," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page