top of page

Kerajaan belanja RM7.1 bilion subsidi elektrik 2023



Kerajaan Madani kekal membelanjakan berbilion ringgit untuk subsidi elektrik biar pun telah menarik subsidi bagi golongan kaya dan syarikat besar sejak 2023.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasir (PH-Johor Bharu) berkata, subsidi turut masih diberikan kepada Perusahaan Menengah, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memastikan harga barang tidak meningkat di pasaran dan golongan peniaga tertentu menikmati keuntungan yang setimpal.


"Bagi memastikan indeks harga pengguna dan inflasi negara berada dalam keadaan terkawal kerajaan sentiasa memutuskan kadar surcaj ICPT (Imbalance Cost Pass-Through) kepada pengguna sentiasa munasabah dan tidak membebankan rakyat atau industri.


"Dalam hal ini kerajaan telah membelanjakan perutukan RM16 bilion pada 2022 dan RM7.1 bilion pada 2023 bagi membiayai subsidi elektrik bagi pengguna domestik dan pengguna bukan domemstik termasuk sektor pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman


"Kerajaan pada 2023 pula telah membuat keputusan untuk melaksanakan pemberian subsidi elektrik secara berasar yang mana subsidi masih diberikan kepada pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah, pertanian spesifik, operator air dan pembentungan yang terdiri daripada PMKS, restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel kecil, petani, penternak, pekebun dan seumpamanya


"Pemberian subsidi pada kategori ini wajar untuk mengekalkan harga bahan mentah di pasaran, dan makanan yang dimasak," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) dalam Waktu Pertanyaan Menteri sesi pagi Dewan Rakyat.


Selain itu, kata Akmal, kerajaan juga telah menurunkan surcaj dari 20 sen per kilowatt jam dari Januari hingga Jun 2023 kepada 17 sen bermula Julai 2023 sehingga Jun -024 bagi pengguna bukan domenstik dalam kategori voltan sederhana tinggi.


Mengenai soalan tambahan Port Dickson apakah kadar caj tenaga elektrik di Malaysia masih memberi tarikan kepada pelabur asing, Akmal berkata, kadar yang agak rendah dan beberapa insentif tenaga telah menarik minat pelaburan syarikat berteknologi tinggi seperti Microsoft dan Google untuk datang melabur baru baru ini.

0 comments

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page