top of page

Kerajaan ambil usaha perkukuh pengurusan royalti muzik



Kerajaan akan memperkukuh pengurusan royalti muzik bagi memastikan penggiat seni di negara ini menerima hak mereka secara adil dan teratur.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada Isnin berkata, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bakal memperkenalkan Garis Panduan (GP) Pengoperasian Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO).


Pengenalan garis panduan itu bertujuan mengawal selia tadbir urus CMO, termasuk penetapan kadar dan agihan royalti.


"Proses libat urus dengan pemegang taruh sedang dijalankan sebelum dimuktamadkan.


"Langkah ini susulan pindaan Akta Hak Cipta 1987 yang memberi kuasa penuh kepada MyIPO untuk mengawal, mengesahkan dan mengendalikan pengoperasian serta pengagihan royalti," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya mengadakan sidang akhbar bersempena Majlis Advokasi Royalti Muzik di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.


Armizan sementara itu memaklumkan, kerajaan sedang berusaha meningkatkan kesedaran penggiat seni mengenai kepentingan pendaftaran hak cipta bagi karya muzik dan rakaman bunyi yang ketika ini masih rendah.


Justeru jelasnya, bagi memudahkan proses pendaftaran, MyIPO memperkenalkan sistem dalam talian Copyright to You (CR2U), yang mempercepatkan tempoh pendaftaran daripada enam bulan kepada hanya 30 minit.


"KPDN komited memastikan hak cipta penggiat seni terus dilindungi kerana karya mereka adalah sumber rezeki yang perlu dipelihara," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page