
Oleh: Akmal Manaf
Kerajaan dijangka mengumumkan kadar pemberian diskaun tol pada petang ini sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Perkara berkenaan disahkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.
''Diskaun tol ada dibincangkan. Insya-Allah pada petang ini Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) akan mengumumkan perkara itu.
''Minggu depan kita tidak ada sidang media pasca mesyuarat Kabinet dan akan bersambung pada Rabu (9 April).
''Kepada semua rakan-rakan media, saya ucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kalau balik ke kampung halaman atau ke mana-mana destinasi, semoga selamat sampai dan berhati-hati di jalan raya,'' katanya.
Comments