top of page

Kerajaan akan rangka usaha mampan angkat indeks kebebasan media



Kementerian Komunikasi bakal mengambil tindakan dengan merangka usaha yang lebih mapan dalam usahanya mengangkat kembali kebebasan media.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka laporan indeks dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang meletakkan Malaysia di tangga ke-107 Indeks Kebebasan Media.


"Saya terima laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) RSF ini dengan hati terbuka.


"Banyak yang perlu dimuhasabah dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta penyebaran maklumat palsu.


"InshaAllah, saya dan pasukan akan menghadam laporan ini serta merangka usaha-usaha yang lebih mapan ke depan," katanya menerusi hantaran di X pada Jumaat.


Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia merosot kepada 52.07 mata berbanding 2023 yang mencatatkan sebanyak 62.83 mata.


Sebelum ini, media tempatan melaporkan Malaysia di kedudukan ke-73 daripada 180 negara pada 2023, meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu di tangga ke-133.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page