top of page

Kerajaan akan guna penjimatan subsidi naik taraf perkhidmatan kereta api



Penjimatan dikumpul daripada penyelarasan subsidi diesel bakal digunakan untuk meningkatkan jaringan pengangkutan awam.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan akan menggunakan penjimatan itu bagi menaik taraf perkhidmatan kereta api dari Padang Besar ke Johor Bahru dalam tempoh lima tahun.


"Landasan kereta api kita boleh tahan hebat, kerajaan terdahulu belanja lebih RM20 bilion untuk buat landasan keretapi berkembar dari Padang Besar ke Johor Bahru, tetapi kereta api yang ada hanya gunakan 30 peratus kapasiti sahaja.


"Kalau tanya orang, mereka masih maki kita sebab kereta api tak cukup.


"Jika kita ada wang, lori kontena tak bising sangat mengenai diesel sebab mereka akan gunakan kereta api," katanya menerusi hantaran video di Facebook.


Mengulas lanjut, Rafizi turut melontar pandangan sekiranya kapasiti keretapi meningkat, rakyat yang memandu kenderaan dan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan jalan raya akan berkurangan tahun demi tahun.


"Cerita sekarang ini, bagaimana kita nak bergerak ke hadapan? Masalah ini tak boleh serahkan kepada orang lain, kita sedia maklum segala masalah ini maka keputusan perlu dibuat.


"Sebelah sana (pembangkang) akan janji atau maki macam-macam sebab mereka fikir kemudian," katanya.


Kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun selaras dengan pelaksanaan polisi penyasaran subsidi bahan api.


Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pentadbiranya kini giat memfokus usaha untuk meningkatkan jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.


Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 4 Tahun 2024 yang dipengerusikannya Isnin lalu telah meneliti kertas “Pemerkasaan Industri Kereta Api” hatta perbincangan terarah kepada kepentingan pelaksanaan segera rasionalisasi industri kereta api negara berdasarkan objektif Akta Keretapi 1991 (Akta 463).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page