top of page

Keputusan SPM kurang baik, sertai latihan kemahiran peroleh gaji lumayan



Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang kurang baik diminta untuk terus menyambung pendidikan dalam bidang kemahiran dan tidak terus mencari pekerjaan.


Bagi Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, pendidikan kemahiran merupakan peluang kedua untuk mereka mendapatkan pekerjaan berpendapatan lumayan walaupun tidak menjejak kaki ke menara gading.


Oleh sebab itu, katanya, beliau menganjurkan program "Jom Jejak Ke Kolej Kerajaan" hari ini untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan menikmati tawaran pendidikan yang disediakan.


"Banyak program, banyak kolej yang menyediakan kursus tertentu untuk sertai kolej secara percuma dan tak perlu bayar banyak untuk sambung belajar


"Satu lagi, banyak lepasan SPM bila tak dapat keputusan yang baik, dia ingat itu akhir sesi belajar mereka.


"Apa saya ingin uar uar di sini, semua (rakyat) diberi peluang belajar. Pagi ini ada 11 kolej hadir. Institut perindustrian, ada STDC (Selangor Technical Skills Development Centre) menyediakan banyak skill tranning atau kemahiran," katanya dalam program yang dianjurkan di Dewan Serbaguna MBDK, Taman Sentosa, Klang, hari ini.


Sebahagian wakil kolej yang hadir untuk menemuduga lepasan SPM untuk diberi peluang pendidikan kemahiran

Menurut Dr Gunaraj lagi, sektor industri khususnya di Selangor mengalami kekurangan tenaga kerja berkemahiran. Sektor tersebut terpaksa mencari pekerja yang sesuai dan kadang kala sukar menemuinya di pasaran.


Manakala sektor pembinaan pula, kata beliau, kekurangan buruh yang mempunyai kemahiran mencukupi dalam bidang binaan sehingga terpaksa membawa masuk buruh asing.


"Oleh itu pelajar SPM yang tidak mendapat keputusan baik perlu menyertai program ini, di mana anda diberi kemahiran. Anda boleh mendapat gaji lumayan selepas mendapat kemahiran.


"Ada yang menjadi usahawan, masuk kerja sektor industri dan sebagainya. Memang peluang ini disediakan oleh kerajaan," katanya.


Seramai 400 orang hadir dalam tempoh 4 jam ke program yang membawa 11 buah kolej kerajaan untuk menemuramah para calon tersebut.


Mereka yang hadir terdiri daripada pelajar SPM yang mendapat keputusan cemerlang sehingga pelajar yang kurang memuaskan. Malah ada juga yang langsung tidak menduduki peperiksaan SPM untuk mencuba mendapat peluang kedua pendidikan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page