top of page

Keputusan Speaker Dewan Rakyat sah, pembangkang tiada asas kukuh mencabar



Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak untuk mengosongkan kerusi 6 mantan Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri adalah sah berlandaskan undang undang.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Adam Adli Abdul Halim berkata, pembangkang tiada asas kukuh dalam mencabar ketetapan yang telah dicapai oleh Speaker melainkan hanya memainkan sentimen dan naratif yang mengelirukan rakyat


Katanya, Speaker telah membuat keputusan yang relevan berpandukan Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti (Akta Anti Lompat Parti) kerana 6 Ahli Parlimen terbabit tidak pernah menukar parti.


"Pada zahirnya, enam Ahli Parlimen tersebut tidak membelakangi undang-undang, memandangkan mereka tidak pernah menukar keahlian parti mahupun meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai parti politik lain. Ini telah digariskan secara jelas oleh Akta Lompat Parti.


"Andai peruntukan ini dilihat sebagai satu kesalahan atau kelemahan dalam Akta Lompat Parti, ianya terbuka untuk dibahas dan dipinda seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri (semalam)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sandaran pembangkang terhadap keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang membawa kepada kekosongan kerusi DUN Nenggiri tidak boleh dianggap sesuatu yang mutlak.


Katanya, keputusan yang dibuat di DUN Kelantan adalah di bawah tafsiran dan kuasa Speaker DUN, sama seperti kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.


Selain itu, katanya, kedua-duanya dipisahkan oleh ruang lingkup kuasa yang berbeza. Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kuasa mereka bertindak berdasarkan notis kekosongan yang dikeluarkan Speaker DUN untuk melaksanakan Pilihan Raya Kecil di DUN Nenggiri.


"Kita juga boleh merujuk kepada keputusan yang telah dibuat di Dewan Negeri Selangor di mana kerusi DUN Selat Klang telah diisytiharkan sebagai kekal dan tidak bercanggah dengan Akta Lompat Parti.


"Maka terdapat dua tafsiran berbeza yang bercanggah dalam isu ini. Dewan Rakyat tidak bersendirian dalam mencapai keputusan yang sama," ujarnya.


Dalam pada itu Adam Adli turut menegur rakan sejawatannya, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh yang dilihat hampir senada dengan pembangkang dalam mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat.


"Sebelum menempelak samada Kerajaan Persekutuan mahupun Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan pandangan yang begitu merendahkan, wajar bagi YB Akmal Saleh merujuk terlebih dahulu pandangan, maklumat, fakta, dan pendirian bersama Kerajaan Perpaduan.


"Ini amalan bersama yang amat dituntut dan seharusnya jadi keutamaan terutama dalam situasi yang runcing.


"Kita tidak boleh terbuai dan menari mengikut rentak sumbang pembangkang. Jangan terpesona dengan sorakan pembangkang. Enak didengar tetapi hanya untuk menjatuhkan kita," tegur Adam Adli.


Bagi beliau, amat mendukacitakan sekiranya sesama komponen Kerajaan Perpaduan berlaku percanggahan pendapat dalam hal hal yang penting.


Lebih bermasalah katanya, jika wakil rakyat kerajaan terikut ikut naratif pembangkang mempertikaikan isu isu yang akan membangkitkan kekeliruan masyarakat dan menganggap Kerajaan Perpaduan tidak bersatu padu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page