Calon mewakili Perpaduan, Syed Hussein Syed Abdullah diisytihar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota hari ini.
Calon BN itu mendapat 27,995 undi. Manakala pencabarnya Haizan Jaafar dari PN hanya memperoleh 7,347 undi.
SPR menyatakan jumlah undi keseluruhan sebanyak 35,342 undi dan peratus keluar mengundi pula 53.84 %
Dengan itu calon BN memenangi PRK Mahkota dengan jumlah 20,648 majoriti.
Undi yang diperolehi PN hampir sama dengan yang diperolehi mereka dalam Pilihan Raya Negeri 2022 lalu iaitu sebanyak 7,614 undi.
BN mendapat tambahan undi apabila penyokong Pakatan Harapan yang pada PRN lalu mengundi calon Muhammad Taqiuddin Cheman (11,445 undi) kali ini berpindah kepada calon BN.
Calon BN pada PRN 2022, Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain memperolehi 16,611 undi. Calon BN juga dikatakan mendapat sedikit peralihan undi daripada penyokong PN di beberapa kampung Melayu yang sebelum itu merupakan kubu PN.
Comentários