top of page

Keputusan PRK KKB, kekuatan baharu buat Kerajaan Perpaduan



Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) kelmarin membuktikan kerjasama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan semakin mantap dan padu.


Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, kemenangan majoriti besar calon DAP, Pang Sock Tao itu menunjukkan politik perkauman serta agama sempit yang digunakan PN semasa berkempen semakin tidak diyakini oleh para pengundi di kawasan luar bandar seperti KKB.

Andre Lai Chen Heng

Manakala PRK itu juga, kata Andre Lai, telah menunjukkan komitmen tinggi UMNO dalam membantu calon dari DAP yang tidak pernah dibayangkan sebelumnya.


Katanya, kemenangan Sock Tao menjadi titik tolak kerjasama lebih erat Kerajaan Perpaduan terutama parti Melayu dalam menangkis naratif kempen pembangkang sejak Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu.


"Pendekatan mesra rakyat (Kerajaan Perpaduan) dan menawarkan penyelesaian kepada isu-isu rakyat meyakinkan pengundi DUN KKB bahawa hanya Kerajaan Perpaduan mampu membantu mereka meningkatkan taraf hidup rakyat, bukan saja di KKB bahkan di seluruh negara," ujar Andre Lai mengulas kemenangan Sock Tao.


Pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu, semalam, Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi, menewaskan tiga pencabarnya, iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).


Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming itu memperoleh 14,000 undi, sekali gus mempertahankan kerusi itu yang dimenangi DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page