Keputusan pengundian cabang Selangor, Melaka, Perlis diketahui hari ini
- Suara Keadilan
- 3 days ago
- 1 min read

Keputusan pengundian bagi peringkat cabang untuk negeri Selangor, Melaka, Perlis dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Kedah pada Pemilihan KEADILAN 2025 akan diketahui pada hari ini.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), keputusan tersebut hanya akan dimuat naik selepas tengah hari ini.
"Keputusan pengundian Pemilihan KEADILAN 2025 peringkat cabang bagi negeri Selangor, Melaka dan Perlis serta pengundian semula peringkat AMK negeri Kedah sedang dalam proses pengauditan, dan hanya akan dibuat naik dan dipaparkan keputusan pada Ahad 13 April 2025, jam 12 tengah hari sejurus segala proses selesai," kata kenyataan JPP.
Justeru, keputusan akan disiarkan dalam laman web pemilihan.keadilanrakyat.org
Semakan keputusan boleh dibuat oleh anggota KEADILAN di pautan yang disediakan.
Comments