top of page

Kepulangan PMX wajar diberi sambutan meriah



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Lawatan rasmi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara pada kali ini adalah sesuatu yang membanggakan daripada segi mengharumkan nama negara di pentas dua.


Negara pertama yang dilawatinya ialah China untuk merasmikan ekspo perdagangan dan mengadakan pertemuan dengan Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Qiang.


Selepas ke China, beliau pulang sebentar untuk lawatan seterusnya ke empat buat negara pula.


Negara yang dilawatinya ialah Mesir bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.


Kemudian Anwar ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam yang akan membincangkan situasi terkini dunia Islam, khususnya konflik di Palestin dan Lubnan.


Usai lawatan ke Kaherah dan Riyadh, beliau seterusnya mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 di Lima, Peru.


Selepas Peru, Anwar ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.


Membawa suara Malaysia


Dalam kesemua lawatan itu, selain membawa suara Malaysia dalam isu-isu antarabangsa dan mengukuhkan hubungan dua hala, kejayaan menarik pelaburan ke dalam negara juga tidak pernah dilupakan.


Khusus di China, lawatan itu adalah benar-benar untuk manfaat ekonomi negara.


Di Mesir pula, potensi pelaburan yang diraih ialah RM4.8 bilion, di Peru RM1.24 bilion dan di Brazil dijangka menjana potensi eksport bernilai RM6.8 bilion.


Termasuk lawatan-lawatan lain ke lebih 20 negara yang dilakukan Anwar sebelum ini, potensi pelaburan yang bakal menguntungkan negara adalah hampir RM500 bilion.


Hadir sambut PMX


Dalam lawatan ke lima buah negara (China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil) yang berakhir hari ini, ia adalah lawatan rasmi ke luar negara paling panjang yang pernah dilakukan Perdana Menteri.


Berlepas pada 4 November dan beliau dijangka tiba di tanah air pagi esok (Rabu 20 November) di Kompleks Bunga Raya, KLIA.


Waktu ketibaan adalah sekitar jam 10.00 pagi.


Untuk itu, sebagai menghargai kejayaan lawatan Perdana Menteri itu, marilah kita rakyat Malaysia beramai-ramai hadir menyambut kepulangan beliau sebagai menghargai usaha gigih PMX yang berterusan untuk mengangkat Malaysia Madani ke persada dunia.


________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page