top of page

Keprihatinan terhadap negara jangan sampai enggan bantu Gaza - WARDA



Keprihatinan terhadap insfrastruktur daif yang masih digunakan sebahagian rakyat Malaysia terutama di kawasan luar bandar tidak boleh membutakan mata rakyat negara ini dalam memulihkan penderitaan umat Islam di Gaza, Palestin.


Menurut Timbalan Ketua Wanita Muda AMANAH (WARDA) Nasional, Siti Nur Aishah Mohd Zain, negara ini tidak kekurangan dana untuk membaik pulih kemudahan awam, oleh itu terdapat hujah kukuh bahawa cadangan Perdana Menteri untuk membina sekolah, masjid dan hospital di Gaza boleh dilaksanakan.


"Keprihatinan terhadap negara sendiri tidak seharusnya menjadikan kita buta terhadap penderitaan umat Islam di luar sana. Membantu Gaza bukan soal memberi bantuan material tetapi juga menunaikan amanah sebagai umat Islam yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan manusia.


"Malaysia tidak kekurangan projek pembangunan dan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Keutamaan pembangunan dalam negara sudah menjadi agenda utama kerajaan, termasuk usaha memperbaiki keadaan sekolah daif," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Nur Aishah, sejak 2023 kerajaan telah memperkenalkan inisiatif membaik pulih sekolah-sekolah daif di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion. Pada 2024, kerajaan telah melaksanakan program yang lebih besar melibatkan lebih banyak sekolah dan dengan kajian mendalam terhadap keperluan infrastruktur.


Untuk 2025 pula, kerajaan merancang memperuntukkan dana tambahan bagi memastikan lebih banyak sekolah yang memerlukan pembaikan, dengan fokus kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang mempunyai pelajar terbanyak.


Selain itu, katanya, sebanyak RM1.12 bilion turut diperuntukkan untuk 77 projek infrastruktur termasuk pembaikan sekolah daif di seluruh Malaysia. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM1 bilion bagi projek infrastruktur di Sabah, yang turut merangkumi pembaikan sekolah-sekolah daif di kawasan tersebut.


"Bantuan kemanusiaan kepada Gaza adalah satu manifestasi daripada nilai kemanusiaan dan solidariti global. Solidariti kemanusiaan bukan hanya menjadi tanggungjawab Malaysia tetapi juga aspirasi bersama banyak negara seperti Jepun dan lain-lain yang turut prihatin terhadap penderitaan manusia sejagat.


"Dalam menghadapi krisis global—daripada konflik bersenjata, bencana alam, hingga isu pelarian—semangat kemanusiaan merentasi sempadan, mengikat negara-negara dengan nilai keprihatinan dan tanggungjawab bersama.


"Malaysia dan Jepun, misalnya, telah lama menunjukkan komitmen dalam bantuan kemanusiaan melalui misi penyelamatan, sokongan kewangan, serta diplomasi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Dengan mengukuhkan kerjasama global, kita dapat memastikan bantuan yang lebih berkesan dan dunia yang lebih adil bagi semua," katanya lagi.


Tegas beliau, sebagai sebuah negara yang menjunjung keadilan dan keamanan Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk membantu mereka sesiapa sahaja yang teraniaya akibat perang dan penindasan.


Kepedulian terhadap penderitaan, ujarnya, tidak sepatutnya terbatas oleh sempadan dan usaha membantu Gaza adalah sebahagian daripada komitmen rakyat negara ini terhadap nilai kemanusiaan sejagat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page