Pimpinan Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah menerima sumbangan hamper sempena Krismas baru baru ini daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.
Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Penerangan Wanita PH Sabah merangkap Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah, Junaidah Makku.
Pimpinan wanita empat komponen PH Sabah terdiri daripada KEADILAN, AMANAH, DAP dan UPKO menerima hamper tersebut.
Ketua Wanita PH Sabah mewakili Ketua-Ketua Wanita PH, Janne Lasimbang mengucapkan terima kasih di atas sumbangan berkenaan.
"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia atas kesudian menyalurkan dana bagi membantu Wanita PH Sabah, menganjurkan pelbagai aktiviti sempena Sambutan perayaan Krismas," katanya.
Comments