
Kepimpinan reformasi yang bergerak dalam parti serta Kerajaan Madani memerlukan beberapa ciri penting untuk memastikan kejayaan organisasi dipimpin.
Bagi Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, terdapat empat ciri kepimpinan reformis yang terbaik dalam memimpin, sama ada parti KEADILAN atau Kerajaan Perpaduan.
"Apakah ciri kepimpinann yang ingin kita lihat dalam reformasi dan masyarakat Madani?
"Pertama, kepimpinan mesti berintegriti dan beretika. Maksudnya seperti kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Mempunyai ciri sidiq, benar, amanah, menyampaikan, bijaksana.
"Kepimpinan mesti ada ciri ciri ini. Kalau tidak ada, jangan jadi pemimpin, beri kepada orang lain," katanya dalam majlis "Santai & Ziarah Reformis Parlimen Selayang" yang diadakan di dewan Padang Awam Kampung Setia, Kuang baru baru ini.
Menurut Mustapa, pemimpin juga perlu berilmu dan berfikiran kritis bersesuaian maksud ayat al Quran bahawa Allah mengangkat darjat orang yang berlimu.
"Ketiga, berorientasikan kasih sayang dan ihsan. Pemimpin perlu ada kasih sayang dan ihsan dalam meningkatkan ketinggian insan. Bukan buat kerja secara ikhlas bukan nak masuk dalam FB atau Tiktok.
"Keempat, demoratik dan adil. Kelima berdaya maju dan progresif.
"Misalnya PM kita berdaya maju. PM keluar negara (banyak kali) jangan marah. Tak kan nak suruh pemimpin kita duduk diam dengan hutang negara RM1.7 trilion. Lingkup kita. Jadi dia keluar bawa pelaburan masuk," katanya.
Mustapa mengingatkan demikian sesuai dengan musim pemilihan KEADILAN dan beliau mahu para reformis memilih secara berhemah para pemimpin yang bakal menerajui parti.
Semetara itu, reformis yang pernah menjawat jawatan peringkat negeri dalam Angkatan Muda Keadilan Selangor dan pada waktu ini merupakan Ahli Majlis Selayang, Shaharuddin Abu Bakar berkata, reformis seharusnya memahami dengan jelas maksud reformasi.
Iaitu perjuangan ikhlas untuk membawa perubahan kepada negara. Meskipun ada yang bertanding dalam parti tetapi tidak menang, maka bukan pangkat yang menjadi keutamaan.

"Reformis perlu hayati reformasi. Kadang kala kalau tidak menghayati makna reformsi, seseorang itu masuk sahaja (parti) nak jawatan.
"Saya ini baru dilantik menjadi Ahli Majlis selepas 20 tahun berjuang dalam reformasi, dalam parti. Pada 2021 baru jadi Ahli Majlis," katanya yang juga Pengerusi PKORM Parlimen Selayang.
Pada majlis tersebut sebanyak 25 anggota PKORM menerima kotak makanan dan sumbangan wang tunai dan sijil keahlian daripada PKORM.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rozana Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Salasiah Disa.
コメント