top of page

Kepelbagaian Malaysia, potensi terbaik menuju kejayaan



Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan kekuatan untuk muncul sebagai pemenang dalam penguasaan ekonomi dan teknologi di rantau Asia Tenggara.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata demikian dalam perutusan sempena hari Hari Kebangsaan 2024.


Katanya, kepelbagaian budaya dan bakat dari kaum Melayu, Cina, India menjadikan Malaysia unik berbanding negara lain di rantau ini.


"Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia.


"Kepelbagaian kita sebagai sebuah negara adalah kekuatan utama yang membawa kita ke hadapan dan menjadi asas untuk menerajui pelbagai bidang," katanya.


Tegas Timbalan Presiden KEADILAN itu, walau apa pun rintangan yang dihadapi, rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang akan terus bersatu padu, tidak membiarkan perbezaan menjadi alasan untuk perpecahan.


"Perbezaan inilah yang mengajar kita untuk saling memahami dan melengkapi, mengangkat Malaysia ke puncak," kata beliau lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page