top of page

Kenderaan logistik diberi pembayaran semula tunai subsidi diesel



Kerajaan memperkenalkan mekanisme interim melibatkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang telah diluluskan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubdisi (SKDS) 2.0 tetapi belum mendapatkan kad fleet.


Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata mekanisme sementara itu adalah untuk menampung perbezaan harga runcit diesel yang baharu iaitu RM3.35 seliter dan harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.25 seliter.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizah berkata kerajaan sedang giat memastikan penyasaran subsidi diesel mencapai objektifnya terutama melibatkan SJDS 2.0 yang membolehkan kenderaan logitik tertentu kekal memperoleh diesel bersubsidi.


"Kerajaan mahu pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel berjalan dengan lancar dan akan sentiasa memantau perkembangan aktiviti sektor logistik kerana dengan pelaksanaan SKDS 2.0, tiada sebab munasabah untuk mereka bertindak menaikkan harga yang boleh mengesankan rakyat.


"Pembayaran semula secara tunai ialah langkah sementara kerajaan untuk terus membantu pembekal perkhidmatan logistik supaya tidak terkesan dengan perubahan harga runcit diesel," kata Amir Hamzah dalam kenyataan itu.


Kata Kementerian Kewangan, pemilik kenderaan logitik yang diluluskan dan belum menerima kad fleet boleh memohon pembayaran semula pada 1 Julai ini melalui portal Budi Madani https:/budimadani.gov.my.


"Pemohon hendaklah menyimpan resit pembelian dieel untuk tujuan audit. Untuk layak menerima pembayaran semula, pemilik kenderaan logistik hendaklah membuat permohonan dan mendapat kelulusan KPDN di bawah SKDS 2.0 selewat-lewatnya 30 Jun ini.


"Mekanisme interim pembayaran semula ini bertujuan menampung perbelanjaan tambahan pemohon sehingga menerima kad fleet atau bagi tempoh maksimum dua bulan, mana-mana dahulu.


"Kerajaan menyarankan supaya semua pemilik kenderaan logistik yang telah diluluskan SKDS 2.0 agar segera memohon kad fleet melalui portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my."

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page