top of page

'Kenapa kerajaan tidak beri RM1 juta setiap keluarga, ekonomi berkembang'



Terdapat pelbagai idea ekonomi yang kreatif dan inovatif di media sosial, terlebih lagi yang muncul di ruangan komen media sosial Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Melalui catatan di Facebook hari ini, Rafizi mendedahkan idea 'inovatif' ekonomi gunaan terbaharu dengan memberi RM1 juta bagi setiap keluarga di Malaysia.


Berdasarkan idea itu, kata netizen yang mencadangkan, kemiskinan akan dihapuskan dan kerajaan boleh mencetuskan perbelanjaan pengguna yang mampu membesarkan saiz ekonomi negara melalui kuasa beli rakyat.


"Kalau kerajaan beri setiap keluarga RM1 juta, kemiskinan dihapuskan dan setiap keluarga akan berbelanja yang akan merancakkan ekonomi sebab permintaan naik mendadak.


"Perniagaan akan untung dan pendapatan kerajaan akan meningkat lagi.


"Mungkin ini pemikiran Ahli Parlimen Machang, Wan Fayshal (beberapa tahun lalu) bila dia mencadangkan kerajaan mencetak wang.


"Kalau kita cetak wang, mungkin kita boleh laksana idea abang tadi untuk bagi RM1 juta setiap keluarga.


"Tapi ada sebab kenapa tidak ada kerajaan yang mengambil jalan mencetak wang begini," ujarnya.


Bagaimanapun menurut Rafizi, ekonomi dan kewangan negara mempunyai perkiraan dan formula yang lebih rumit.


Katanya, jumlah wang yang diperlukan untuk 8 juta keluarga di Malaysia adalah sebanyak RM8 trilion.


Kalau dicetak wang sebanyak itu, jelas beliau, inflasi akan naik dan nilai ringgit jatuh mendadak sebagaimana wang 'pokok pisang' era penjajahan Jepun 1940 - 1945 lalu.


"Kalau kita pinjam, jumlah hutang negara akan mencecah 500% dari saiz ekonomi. Mustahil ada peminjam yang akan meminjamkan begitu banyak wang kepada Malaysia.


"Kalau ada pun yang sanggup membeli bon kerajaan untuk mengumpul dana RM8 trilion itu, mereka akan mengenakan kupon faedah yang sangat tinggi, mungkin mencecah 20%.


"Setiap tahun, kerajaan perlu membayar lebih RM1 trilion sebagai faedah sahaja, sedangkan pendapatan kerajaan tidak mencecah RM400 bilion," katanya.


Namun, sinis Rafizi berkenaan idea itu, mengapakah netizen yang mencadangkannya tidak terfikir siapa pula rakyat yang akan bekerja dan menjana produktiviti sekiranya setiap keluarga telah kaya raya.


"Yang paling penting, kalau setiap keluarga ada RM1 juta, siapa yang nak kerja? Semua dah jadi jutawan, kita ada masalah kerana semua perniagaan dan pejabat mungkin akan tutup!


"Sebab itu, ada sesetengah idea ni, walaupun bunyi bagus tapi tidak semestinya boleh dilaksanakan," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page