top of page

Kenang jasa atlet dalam pembangunan sukan negara



Jasa atlet dalam pembangunan sukan negara seharusnya dikenang dengan penganjuran program program tertentu.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pada majlis Penghargaan dan Penyampaian Sumbangan Kepada Bekas Bekas Atlet Berbasikal Negara Sempena Penganjuran Kayuhan Amal Mesra 50 Tahun Wilayah Persekutuan, tengah hari tadi.


Menurut Fahmi, sebagai Ahli Parlimen di Kuala Lumpur beliau berasa wujud keperluan untuk memberi dokongan kepada bekas atlet termasuk kepada kelab sukan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang banyak membantu warga kota selama ini.


"Selain daripada meraikan sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan, acara berbasikal tersebut menjadi platform untuk kita mengenang jasa dan bakti para atlet atau bekas atlet berbasikal negara.


"Kita hargai pengorbanan mereka kepada pembangunan sukan negara, dan hari ini kita beri penghormatan serta sedikit sumbangan sebagai tanda terima kasih," katanya.


Fahmi bersama ahli jawatankuasa dan anggota kelab berbasikal DBKL

Dalam majlis itu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengumumkan sumbangan pihaknya sebanyak RM10,000 kepada kelab berbasikal DBKL.


Beliau berharap kelab itu akan mengumpul lebih ramai ahli dan merancakkan semangat atau mempromosikan kepada warga kota untuk memiliki gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti sukan.


Katanya, walaupun beliau sibuk sebagai menteri tetapi perlu meluangkan waktu seketika untuk beriadah.


"Kita mesti luangkan sedikit masa untuk beriadah, aktiviti sukan, selain melakukan saringan kesihatan," pesan beliau lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page