top of page

Kenaikan premium insurans perubatan tidak wajar lebih 10%



Kenaikan premium insurans perubatan di Malaysia tidak seharusnya lebih daripada 10%.


Hal itu dinyatakan dalam kenyataan bersama beberapa Ahli Parlimen KEADILAN susulan taklimat terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa berlaku inflasi perubatan di negara ini pada kadar 15%.


Menurut kenyatan itu, kenaikan premium yang dilaporkan melebihi 70% oleh syarikat insurans pada waktu ini perlu ditangani segera dan BNM seharusnya mengehadkan kenaikan itu pada kadar 'mampu langgan'.


"Kami Ahli-ahli Parlimen dari KEADILAN menyambut baik kenyataan Menteri Kewangan II (MKII) bahawa penyelesaian interim akan diumumkan minggu hadapan. Ini selaras dengan komitmen yang diberikan oleh MKII kepada Ahli Parlimen Kerajaan pada 10 Disember 2024.


"Pada 10 Disember 2024, BNM telah memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Kerajaan. Dalam taklimat tersebut, kami dimaklumkan inflasi kesihatan di Malaysia adalah pada kadar 15% berbanding 11.1% di negara Asia Pasifik lain.


"Walau bagaimanapun, aduan kenaikan premium insurans yang diterima oleh kami adalah setinggi 78%. Ini jauh berbeza dengan 15% inflasi kesihatan. Kami Ahli ahli Parlimen KEADILAN menolak kenaikan premium yang begitu tinggi


"Kami menyeru BNM mengehadkan kenaikan premium insurans kepada kurang daripada 10%. Ini kerana bukan semua pencarum akan “claim” insurans dan juga selaras dengan inflasi kesihatan serantau," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, kenaikan munasabah adalah satu tanggungjawab sosial yang bakal membolehkan lebih banyak individu melanggan insurans perubatan di negara ini.


Hal itu kata mereka, akan mengurangkan beban hospital kerajaan yang semakin banyak menerima pesakit saban hari.


"Insurans tidak sepatutnya menjadi perkhidmatan eksklusif kepada golongan mahakaya sahaja.


"Jika M40 tidak mampu lagi membeli insurans kesihatan, mereka akan pergi ke hospital kerajaan. Ini akan membebankan hospital kerajaan dan sistem kesihatan awam.


"Kami menyeru BNM menjalankan tugas sebagai regulator dengan tegas untuk memperbetulkan kecelaruan yang berlaku dalam sektor MHIT," kata mereka.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Pua; Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran; Ahli Parlimen Miri, Chew Choon Mun dan Senator Amir Ghazali.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page