top of page

Kenaikan premium insurans: 'Kejayaan gerakan pengguna tentang syarikat besar'



Pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) semalam yang mengehadkan kenaikan premium insurans kesihatan yang mencecah lebih 100% kepada hanya 10% merupakan satu kejayaan gerakan pengguna di negara ini.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berjuang bagi pihak rakyat dan sebagai wakil KEADILAN dalam isu berkenaan, kejayaan tersebut merupakan pertama kali dalam sejarah apabila desakan rakyat atau pengguna berjaya membuat kerajaan berpihak kepada pengguna insurans kesihatan.


"Dalam hal ini kredit mesti diberikan kepada rakyat. Rakyat berjuang dengan berani melalui media sosial, mengekalkan tekanan besar dan dengan menulis emel kepada ahli parlimen KEADILAN. Akhirnya parlimen dan Kerajaan mendengar suara anda.


"Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, rakyat menentang syarikat-syarikat besar dan berkuasa. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Tze Tzin dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN berkata demikian mengulas pengumuman BNM membenarkan peningkatan premium insurans kesihatan maksimum 10% dari 2024 hingga 2026.


BNM juga mengumumkan moratorium kepada warga emas selama setahun (pelan minimum), pengembalian semula polisi luput dan diserahkan kerana kenaikan 2024, serta syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) akan menyediakan pelan alternatif untuk sesiapa yang akan menukar pelan insurans.


Selain itu, kata Tze Tzin, kejayaan rakyat tersebut hanya berlaku pada era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak berlaku sebelum ini.


"Perubahan dan pembaharuan ini hanya boleh berlaku di bawah pimpinan PMX @anwaribrahim yang sentiasa berhati-hati dengan golongan fakir dan miskin. Kemanusiaan PM pasti mengubah haluan di puncak kerajaan," katanya.


Dalam kenyataan itu Tze Tzin juga mengucapkan terima kasih kepada BNM terutama gabenornya kerana campur tangan dan menghasilkan penyelesaian yang bermakna.


"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengendali Insurans dan Takaful atas kompromi. Industri MHIT yang mampan akan menjadi yang terbaik untuk syarikat anda. Tiada pelanggan tiada syarikat.


"Bagaimanapun, saya menggesa rakyat untuk terus berwaspada. Perjuangan untuk ekosistem MHIT yang mampan akan menjadi panjang. Inflasi perubatan tidak akan hilang," katanya lagi.


Selepas kejayaan mengehadkan kenaikan premium isnurans tersebut, Tze Tzin berkata perjuangan beliau dan para pemimpin KEADILAN selepas ini adalah untuk mengurangkan kenaikan melampau caj hospital swasta yang menjadi penyebab kepada kenaikan premium insurans kesihatan.


Beliau berharap rakyat akan bersamanya sekali lagi dalam gelombang kedua perjuangan dengan memberi sebarang aduan ke alamat emel: aduan.pkr.hospital.insurans@gmail.com bagi mengadu kes kes yang melibatkan kenaikan caj.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page