top of page

Kenaikan kos ibadah haji akibat pertambahan kos di Arab Saudi bukan salah PH



Oleh: Akmal Manaf


Mantan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Taman Medan, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri menyanggah dakwaan seorang pemimpin pembangkang kononnya Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 (2018 - 2020) menjadi punca Tabung Haji (TH) tidak mampu menjana keuntungan bagi mengekalkan kos haji rendah bagi golongan B40.


Beliau berkata, penetapan kos mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah berdasarkan kepada keperluan yang telah diambil kira oleh pihak Arab Saudi dan pengendali haji di negara berkenaan.


Katanya, Malaysia satu-satunya negara yang diberikan subsidi manakala negara umat Islam lain di seluruh dunia seperti Indonesia dan Arab Saudi, kos ibadah haji tidak langsung dibiayai kerajaan mereka.


"Sebenarnya keuntungan yang banyak itu diberikan kepada jemaah-jemaah haji (Malaysia) untuk membantu mereka daripada segi kos.


"Golongan B40 dan M40 telah diberikan subsidi supaya ia boleh menampung jumlah kadar sebenar daripada apa yang mereka keluarkan dari simpanan yang sebenarnya tidak mencukupi.


"Maknanya mereka (pembangkang) telah memutar belitkan situasi dan juga fakta daripada segi angka dan keperluan.. kalau kita lihat, bahawa itu memang sesuatu yang menjadi urusan daripada segi kos yang berkait seperti yuran mengerjakan ibadah haji termasuk visa dan penginapan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pihak pembangkang berhubung 'kenaikan' kos haji yang dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Kos menunaikan haji telah meningkat secara berterusan, iaitu sebanyak RM10,980 pada 2022 dan RM12,356 pada 2024 berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu pula ialah RM19,152 seorang.

Hal itu susulan kos haji bagi seorang haji muassasah pada 2024 ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 pada 2023.


Sementara itu, Mantan Menteri Agama Kerajaan Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pula berkata, pembangkang Pas tidak boleh menyalahkan kerajaan PH 1.0 kerana ketika PN memerintah (2022 - 2022) kos haji telah meningkat kepada 30,000 tanpa dapat dibendung oleh mereka.


"Adalah tidak benar dan kurang bijak untuk melonggokkan masalah kos kepada kerajaan PH dulu sedangkan setiap tahun dari kos RM12,000 (seorang) tahun 2009, kos haji meningkat kepada RM22,000 tahun 2018 (bagi bayaran penuh).


"Apakah kerana kerajaan BN dulu? Zaman PN memerintah kos telah pun naik kepada RM30,000 (seorang) bagi bayaran penuh,” katanya dipetik FMT.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page